Jumaat, 29 November 2013

Naruto Shippuden: Ultimate Ninja Storm 3 Full Burst

Naruto Shippuden: Ultimate Ninja Storm 3 Full burst


Game terbaru yang di adaptasi dari siri anime Naruto Shippuden kini lebih mantap dan sangat mencabar berbanding siri game yang lalu.

Sebelumnya game ini pernah dikeluarkan di pelantar Xbox dan PS3. Namun permintaan untuk PC sangat ramai membuatkan CyberConnect mengeluarkan untuk versi PC.

Perubahan yang telah dilakukan adalah sangat banyak kerana dari segi grafik sangat berbeza dari yang sebelumnya dan sedikit olahan dalam jalan cerita. Penambahan 100 misi yang baru dan yang paling penting karakter Kabuto (Sage Mode) kini boleh dimainkan. Terdapat juga penambahan kostum baharu dan banyak lagi.

Game ini boleh dimainkan menggunakan keyboard ataupun joystick general/twin. Mencabar pemain dalam menjalankan misi mengikut jalan cerita anime/manga. Sedikit jalan cerita adalah tidak sama dari anime/manga.

Bagi yang ingin membeli game ini sila layari www.steam.com

Admin x nak cerita panjang2 tapi yang penting game nie memang best. Admin dah main game nie sampai habis...huhuhuh
post seterusnya admin akan buat walkthrough dari prologue hingga side mission

Ahad, 24 November 2013

Kelebihan Cosmopoint Sabah




 Kepada pelajar yang tertanya-tanya tentang Kolej Cosmopoint Sabah, kelebihan Cosmopoint dan juga kekurangan Cosmopoint. Saya buat post ini sebab sudah tentu banyak lagi pelajar yang masih tidak tahu akan kelebihan Kolej Cosmopoint Sabah ini terutamanya bagi pelajar lepasan SPM yang masih bingung akan kerjaya yang mereka inginkan mahupun bakat mereka yang mereka minati. Sebenarnya saya pun sekarang adalah pelajar Cosmopoint Sabah.




Sebab saya masuk kolej ni pun bukan sebab saya tak dapat mana mana tawaran dari institut pelajaran  kerajaan... pada mulanya saya ingat kolej ni tak best macam institut yang lain..tapi setelah hampir setahun belajar di kolej ni barulah saya tahu betapa seronoknya kat Kolej nie...yang tue pendapat saya lah...

First masuk kolej nie memang la tak tau apa apa pun...maklum la baru je lepasan SPM...tapi bila dah sebulan tue terasa macam best sangat. Pengalaman saya kat kolej nie ialah saya belajar banyak benda baru....kolej nie sebenarnya tak lah mahal sangat bab kerajaan dah bagi pinjaman PTPTN sepenuhnya. Yuran pendaftaran pun just RM 200 ...so, apa yang perlu bayar hanya makan dan minum. tak de yuran tambahan pun.

kolej nie ada dua lokasi. satu kat Wisma Times dan satu lagi pula kat Menara Maa..saya ambil bidang Aplikasi Multimedia sebab tu la saya cakap best...yang best dia ialah saya dapat menggunakan software media macam Photoshop, Illustrator, iClone, Blender dan macam2 la yang berkaitan bab2 editing nie. Setiap semestar ada 3-5 subject..sikit tue...tak macam institut yang lain.

Pembelajaran pula sangat complex...tak payah bawa buku tebal2 cam buku teks kat skolah menengah...yang penting bawa alat tulis dan buku nota...setiap minggu just 3 atau 4 kali masuk kelas....tue pun tak la sampai 4 jam...bergantung pada jadual yang kita dapat la..

pembelajaran dia complex bukan sebab pensyarah tue malas...tapi mereka juga tahu akan tugasan yang mereka berikan...tugasan dia pun bukan susah sangat....ada la susah sikit dari tugasan sekolah menengah...

satu lagi,  kelab kat kolej nie pun banyak....kelab sukan mahupun kelab bidang.....event dia memang banyak best pulak tue.... tournament video game la yang paling popular termasuk dota 2, counter strike, sports ataupun fighting.

kekurangan kolej nie pulak ialah kemudahan yang dia bagi....
saya pun complain sikit la bab kenderaan dia tak de jadual tetap. hari ni awal besok lambat...tue yang saya naik berang dan marah...hostel lelaki tak sama ngan hostel perempuan..jarak dia sangat jauh.....
berbatu la katakan.
pastu hostel lelaki pula tak de ciri ciri yang selesa...bukan sebab peraturan dia...
cuma ruangan bilik dia tue yang jadi masalah....tue bagi saya lah...tak tahu la pula yang lain..

so, sampai sini je post saya...yang masih banyak soalan tue jan lupa komen kat bawah