Jumaat, 29 November 2013

Naruto Shippuden: Ultimate Ninja Storm 3 Full Burst

Naruto Shippuden: Ultimate Ninja Storm 3 Full burst


Game terbaru yang di adaptasi dari siri anime Naruto Shippuden kini lebih mantap dan sangat mencabar berbanding siri game yang lalu.

Sebelumnya game ini pernah dikeluarkan di pelantar Xbox dan PS3. Namun permintaan untuk PC sangat ramai membuatkan CyberConnect mengeluarkan untuk versi PC.

Perubahan yang telah dilakukan adalah sangat banyak kerana dari segi grafik sangat berbeza dari yang sebelumnya dan sedikit olahan dalam jalan cerita. Penambahan 100 misi yang baru dan yang paling penting karakter Kabuto (Sage Mode) kini boleh dimainkan. Terdapat juga penambahan kostum baharu dan banyak lagi.

Game ini boleh dimainkan menggunakan keyboard ataupun joystick general/twin. Mencabar pemain dalam menjalankan misi mengikut jalan cerita anime/manga. Sedikit jalan cerita adalah tidak sama dari anime/manga.

Bagi yang ingin membeli game ini sila layari www.steam.com

Admin x nak cerita panjang2 tapi yang penting game nie memang best. Admin dah main game nie sampai habis...huhuhuh
post seterusnya admin akan buat walkthrough dari prologue hingga side mission

Tiada ulasan:

Catat Ulasan